Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat pengetahuan ahli-ahli PUJA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – PUJA Academy Sdn Bhd, baru-baru ini, telah menganjurkan lawatan bagi ahli-ahli Pertubu-han Ukur, Jurutera dan Arkitek
    Brunei (PUJA) ke UNIK Galvanizing Plant di Tapak Perindustrian Sungai Bera, Seria.

    Seramai 30 orang termasuk pelatih-pelatih yang sedang menjalani Program MISC (Construction) RCC-Visor Bridging telah menyertai program setengah hari berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan PUJA.

    Diasaskan pada 2007, UNIK Galvanizing and Metal Products bermula sebagai pelopor dan satu-satunya kilang penyalutan keluli di Brunei dan kemudian berkembang kepada pengeluaran tiang lampu jalan, tiang tiub, rel adang dan pembuatan struktur.

    Kenyataan menyatakan, lawatan bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan, Chen Chi Wing diikuti dengan tinjauan ke kilang penyalutan di mana kakitangan UNIK berkongsi mengenai proses penyaduran dan metode pembuatan besi.

    Lawatan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh perwakilan PUJA, Pengiran Abdullah Faiz bin Pengiran Haji Sabtu kepada Chen Chi Wing.

    Rombongan PUJA bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda