Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat pengetahuan penjagaan kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Lebih 40 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Brunei dan Muara telah mendengarkan ceramah Penjagaan Asas Kesihatan Mulut yang diadakan di pusat berkenaan, baru-baru ini.

    Ceramah telah disampaikan oleh Dr Nur Anisah binti Mohd Isa dan empat orang pembantu dari Jabatan Perkhidmatan Pergigian Kementerian Kesihatan.

    Sebelum itu rombongan dialu-alukan oleh Pengurus PKWE Brunei dan Muara, Haji Mohd Ali bin Haji Emran, Setiausaha PKWE, Dayang Normah binti Jurulaki Haji Mohsin dan ahli-ahli pusat berkenaan.

    Ceramah bertujuan memberikan galakkan dan kepentingan penjagaan asas kesihatan mulut khususnya warga emas di samping memberikan ilmu pengetahuan terhadap penjagaan mulut dan seterusnya dapat jadikan pengajaran dan iktibar buat ahli keluarga mereka.

    Antara yang hadir mendengarkan ceramah tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda