Dalam usaha meningkat pengetahuan mengenai pengurusan dan perancangan kewangan untuk masa hadapan, Bank Standard Chartered Brunei baru-baru ini telah mengadakan taklimat mengenainya bagi kakitangan Brusin Trading Company Sdn Bhd.
Taklimat dihadiri lebih 30 kakitangan syarikat berkenaan mencakupi penerangan mengenai tips dan konsep perancangan kewangan serta asas mengenai pelaburan dan pengetahuan produk.