Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat penghargaan hasil karya seni OKU

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Lebih daripada 100 buah karya termasuk lukisan, media campur, kraftangan, perabot dan arca telah dipamerkan di Galeri 4, Hab Tenaga Dermaga Diraja untuk kunjungan orang ramai bermula hari ini.
     
    Pameran Seni Untuk Semua kali ini bertemakan Sensori yang bermaksud deria dan ia adalah kesinambungan daripada pameran yang telah diadakan pada 2022. 
     
    Deria manusia terdiri daripada tujuh bahagian iaitu sentuhan, penglihatan, pendengaran, menghidu pelbagai bau, merasa, keseimbangan dan rasa kedudukan.
     
    Apa yang menariknya pameran ini, ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Mereka Mencipta yang mana ruangan pertama mengandungi hasil tangan karya orang kelainan upaya (OKU) yang memberi inspirasi dan mempunyai imaginasi serta ekspresi tersendiri.
     
    Manakala ruangan kedua iaitu Rasa Mereka yang mengetengahkan secubit rasa yang dirasakan oleh OKU dalam menangani emosi dan tumpuan.
     
    Awang Mohd Zulafendy salah seorang pelatih dari Pusat Bahagia Tutong. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Sementara ruangan yang ketiga pula adalah ruangan Inspirasi Kami, ianya mengetengahkan karya yang diolah semula dan diinspirasikan daripada karya sebenar artis OKU yang ada di sini.
     
    Pameran Seni Untuk Semua ini berlangsung bermula hari ini, 11 hingga 27 Disember, dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung bagi menyaksikan pameran seni berkenaan.
     
    Sementara temu bual media dengan Pemulih Orang-orang Cacat Tutong, Haji Wahid bin Ismail telah berkongsi karya salah seorang pelatih dari pusat berkenaan, Awang Mohd Zulafendy bin Mohd Sufri.
     
    Katanya untuk pameran ini, Awang Mohd Zulafendy telah mempamerkan dua karya beliau berupa replika Masjid Omar Ali Saifuddien dan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah yang dihasilkan menggunakan kertas majalah terpakai.
     
    Katanya lagi, replika masjid yang dihasilkan ini untuk kedua-dua buah masjid ini, ia mengambil masa selama satu bulan.
     
    “Selain membuat reka bentuk bangunan, pelatih ini juga menghasilkan bingkai gambar, bingkai untuk sijil dan kotak penyimpan alat tulis dan beberapa keperluan pejabat lainnya,” jelasnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda