Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat penghayatan ibadah korban buat mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Bagi mengongsikan pengetahuan serta menambah kefahaman mengenai keistimewaan Hari Raya Aidiladha dan fadilat ibadah korban, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) telah mengungkayahkan Program Tarbiyah Ibadah Korban Bersama Mualaf Tahun 1446H/2025M yang berlangsung di Dewan Persidangan, PDI, Kampung Pulaie, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam.

    Program berkenaan dihasratkan untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada para mualaf mengenai hikmah dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ibadah yang disyariatkan ini, di samping memupuk semangat dan kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pembantu Perkembangan Ugama, PDI, Awang Syamim Farhan bin Haji Sufri.

    Acara diteruskan dengan penyampaian ceramah bertajuk Ibrah Ibadah Korban Dalam Kehidupan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Ugama, PDI, Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Ceramah berkenaan mengupas pengajaran besar daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan bagaimana pengorbanan tersebut boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan saudara-saudara baharu.

    Melalui program bermanfaat itu, para mualaf bukan sahaja dibimbing dalam memahami erti sebenar ibadah korban, malah turut dididik untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan petunjukNya.

    Pengiran Haji Reduan semasa menyampaikan ceramah bertajuk Ibrah Ibadah Korban Dalam Kehidupan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Hajah Safiah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda