Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Tingkat penglibatan belia sertai program kemasyarakatan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Dalam usaha untuk mengembang majukan masyarakat cemerlang, bersatu padu, resilient dan pemedulian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan terus memberikan penekanan kepada meningkatkan lagi penyelarasan program-program intervensi yang disasarkan merentas sektor.

    Program-program berkenaan termasuk Program Inovasi Belia Berwawasan (PIBB) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang dikhususkan kepada anak-anak penerima bantuan dan mengandungi modul kemasukan sebagai pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dalam usaha untuk meningkatkan kepimpinan, jati diri dan resilient, meningkatkan lagi penglibatan Sukarelawan Belia (SB) dalam program-program kemasyarakatan serta mengembangluaskan program pembangunan kapasiti dan kemahiran bagi golongan orang kelainan upaya melalui pelbagai kaedah seperti sheltered workshops dan penempatan kerja.

    Penerangan itu diberikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad semasa pembentangan peruntukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) Tahun Kewangan 2024/2025 pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Khusus bagi sektor kemasyarakatan, Yang Berhormat Dato berkata, kementeriannya akan melaksanakan beberapa inisiatif yang signifikan seperti Pelan Tindakan Wanita yang dihasilkan daripada penyelidikan mengenai pembangunan wanita di Negara Brunei Darussalam di mana pelan tindakan berkenaan akan disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak serta akan dihadapkan kepada Majlis Kebangsaan Isu Sosial untuk diluluskan.

    Inisiatif lain adalah kajian semula garis pandu Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) bagi memastikan tiada ketirisan kepada penerima bantuan, Pelan Tindakan Keluarga yang baharu ke arah memperkukuhkan institusi keluarga, Pelan Tindakan Warga Emas ke arah penuaan berjaya serta Pelancaran Social Blueprint hasil usaha sama Jabatan Perdana Menteri dan KKBS.

    Antara yang hadir semasa persidangan berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Dalam pembentangannya juga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyatakan bahawa kementeriannya turut memberikan penekanan kepada menangani impak segera dan pemacu jati diri serta modal insan dalam kalangan belia dengan meneliti tiga objektif utama.

    Objektif-objektif utama berkenaan adalah pertama, kajian semula metodologi dan pendekatan program-program intervensi yang lebih berinovasi dan jangka panjang seperti Program Pembangunan Belia, PKBN dan Program OBBD.

    Objektif kedua adalah kajian semula metodologi dan pendekatan usaha meningkatkan produktiviti dan ekonomi belia yang diperkasakan.

    Inisiatif yang akan diterajui oleh Youth Entrepreneurship Steering Committee (YESC) adalah menerokai pasaran luaran melalui hubungan kerjasama mengembang maju produk atau perkhidmatan perniagaan di peringkat serantau dan antarabangsa serta meneliti dan mewujudkan dasar yang mendukung pembangunan perusahaan sosial menggunakan pendekatan senegara termasuk mewujudkan ekosistem perusahaan sosial yang efektif dan kondusif.

    Objektif ketiga adalah kajian semula program-program intervensi yang disasarkan dapat memacu pembentukan jati diri dengan lebih terarah selaras dan sejajar.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...