Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat semangat kesukanan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT,18 Sept – Dua atlet Negara Brunei Darussalam telah menyertai Perlawanan Badminton pada kejohanan Asia Pacific Master Game kali pertama yang berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia, baru-baru ini.

    Asia Pacific Master Game kali pertama yang telah pun berlangsung bermula 7 hingga 15 September lalu itu telah mempertandingkan sebanyak 22 perlawanan selama sembilan hari berturut-turut.

    Menurut peserta negara yang merupakan pasangan suami isteri, Awang Abdul Gapar Obey dan Dayang Nurliana binti Abdullah ketika memberitahu Media Permata hari ini bahawa perlawanan tersebut menawarkan beberapa kategori persaingan dan rekreasi antaranya Kategori Perseorangan Lelaki dan Wanita, Berpasangan Lelaki dan Wanita, serta Pasukan Campuran secara terbuka bagi kedua-dua bahagian persaingan dan rekreasi.

    Dalam perlawanan perseorangan,atlet negara, Abdul Gapar Obey yang berpasangan dengan atlet Singapura, Foo Kon Fai berjaya membawa pulang pingat emas bagi Kategori Terbuka Berpasangan Lelaki dalam kumpulan usia 60 tahun ke atas.

    Awang Abdul Gapar Obey juga beraksi dalam Kategori Berpasangan dalam kumpulan usia 55 tahun bersama pasangannya dari Malaysia, Chong Siew Han, di mana mereka hanya berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori tersebut.

    Awang Abdul Gapar Obey (kiri) bersama pasangannya semasa menyertai perlawanan badminton pada kejohanan Asia Pacific Master Game kali pertama di Pulau Pinang.

    Manakala isterinya, Dayang Nurliana yang berpasangan dengan Lee Poh Wah daripada Australia dalam perlawanan Terbuka Berpasangan kumpulan usia 60 tahun wanita telah berjaya meraih pingat gangsa.

    Kedua-dua mereka juga telah menyertai perlawanan Terbuka Kumpulan Campuran berusia 60 tahun bersama dengan pemain-pemain Australia, Malaysia dan Hong Kong dan berjaya meraih pingat gangsa.

    Menurut pasangan suami isteri itu lagi, penyertaan mereka ke perlawanan tersebut adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi prestasi permainan serta semangat kesukanan mereka dalam sukan badminton dan berharap dengan kemenangan yang diraih bersama peserta di luar negara dapat menambahkan lagi kemahiran dan ketangkasan mereka dalam setiap perlawanan yang disertai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda