Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Tingkat tahap celik kewangan digital

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Dalam perkembangan teknologi, pengurusan kewangan secara digital telah menjadi lebih penting dan relevan.

    Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap celik kewangan digital, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah mengongsikan artikel bersiri yang mengetengahkan perkhidmatan kewangan digital di Negara Brunei Darussalam.

    BDCB dalam siaran yang dikeluarkan hari ini, mengongsikan pelbagai pilihan pembayaran digital yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, yang menjadikan urusan lebih mudah, selamat dan cepat bagi semua pengguna.

    Di antaranya ialah Terminal Layan Diri seperti Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) boleh menawarkan alternatif tanpa sentuh (contactless) untuk transaksi perbankan penting.

    Manakala, perbankan dalam talian membolehkan awda mengelakkan beratur panjang dan memberikan kemudahan dengan beberapa klik sahaja.

    Selain itu, Pembayaran Tanpa Sentuh, yang mana pembayaran tanpa sentuh termasuk mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar awda, atau menggunakan kad debit dan kredit yang dilengkapi dengan teknologi Near Field Communication (NFC).

    Di samping Gerbang Bayaran, di mana membeli-belah dalam talian telah menjadi mudah dan selamat dengan adanya Gerbang bayaran serta perkembangan dan peningkatan platform e-dagang.

    Dalam usaha untuk melangkah ke era digital perkhidmatan kewangan, adalah penting bagi orang ramai untuk sentiasa maklum serta mengambil kesempatan terhadap kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pembayaran digital.  

    Ini sama ada menggunakan terminal layan diri atau mencuba produk atau perkhidmatan FinTech baharu, menggunakan teknologi boleh membantu awda mengurus wang dengan lebih baik dan berasa lebih terkawal.

    Dengan mempelajari cara menggunakan alat kewangan digital secara bertanggungjawab, kita boleh menyumbang ke perubahan digital yang boleh memacu perkembangan ekonomi di Negara Brunei Darussalam.

    Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 8318388 atau e-mel di info@bdcb.gov.bn.

     

     

    Web Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...