Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Kira-kira 30 orang pemimpin dan penolong pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan ahli-ahli Pengakap Dewasa dari 13 buah sekolah menengah keempat-empat daerah menyertai Bengkel Ulang Kaji Pengurusan Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan Skim Lencana Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan Penolong Pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), baru-baru ini.
Bengkel sehari pada 10 Mac lalu itu dianjurkan oleh PPNBD melalui Bahagian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Bilik Persidangan, Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.
Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai tatacara pengurusan semasa mengendalikan pasukan pengakap di sekolah masing-masing.
Fasilitator bagi bengkel berkenaan ialah Pesuruhjaya Program Belia, Awang Junaidi bin Haji Hussin dan Pegawai Eksekutif selaku Setiausaha Pasukan Latihan Pengakap Kebangsaan, PPNBD, Awang Zainudin bin Haji Ishak.
Semasa bengkel itu, para peserta diberikan penerangan mengenai Kemahiran Merancang Perjumpaan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja, menulis dalam buku log, Skim Lencana Kemahiran serta Lencana Kepandaian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan Perkhemahan Pengujian Anugerah Pengakap Sultan.
Mereka juga diberikan latihan praktikal bagi istiadat-istiadat dalam Pengakap Muda dan Pengakap Remaja antaranya istiadat bendera, istiadat melantik ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang baharu dan penyampaian lencana keahlian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja, istiadat penyampaian lencana kemahiran dan lencana kepandaian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan istiadat meningkat naik Pengakap Muda ke bahagian Pengakap Remaja.
Pada akhir bengkel itu, para peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.
