Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat teknik pengajaran bahasa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bagi mengumpulkan teknik-teknik pengajaran bahasa daripada guru-guru di negara ini, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dengan kerjasama SEAMEO QITEP in Language, Indonesia telah mengadakan Bengkel SEAQIL Goes to Schools: Compilation of Language Teaching Techniques.

    Bengkel empat hari berkenaan yang disertai 45 orang guru berkenaan telah berakhir kelmarin dengan majlis penutup yang berlangsung di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Deputy Directory for Programme, SEAMEO QITEP in Language, Esra Nelvi Siagian, kemudian penyampaian sijil kepada enam orang fasilitator dan guru-guru yang telah mengikuti bengkel berkenaan dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Ahmad Busyra bin Haji Matzain serta sesi bergambar ramai.

    Hajah Anis Faudzulani ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang guru yang menyertai bengkel tersebut.

    Bengkel berkenaan juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu daripada pakar-pakar SEAMEO QITEP mengenai teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

    Pada tahun ini, SEAQIL QITEP in Language, Indonesia telah merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan bengkel berkenaan.

    Seramai 21 orang guru bahasa dari sekolah kerajaan, 19 orang guru bahasa dari institusi pendidikan swasta dan lima orang guru bahasa dari Jabatan Pengajian Islam telah menghadiri bengkel yang diadakan di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan dan Akademi Guru Brunei Darussalam (BDTA).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda