Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat waspada memandu di jambatan semasa hujan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menasihatkan pengguna jambatan untuk mengambil langkah-langkah berwaspada dan lebih berhati-hati semasa menggunakan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, terutama dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang.

    JKR dalam kenyataannya turut menasihatkan para pengguna jambatan untuk menyalakan lampu kenderaan dan memandu dengan tidak melebihi had laju maksimum ketika waktu hujan iaitu 70km/j sebagai langkah berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda