Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat waspada memandu di kawasan pembaikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa lampu isyarat J59 di persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Utama Salambigar sedang mengalami kerosakan pada masa ini.

    JKR turut memaklumkan penutupan sementara jalan mengikut peringkat di Jalan Kota Batu (Kampung Pintu Malim) di sepanjang Simpang 240 hingga Simpang 314 bermula hari ini.

    Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya di sini akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan lampu isyarat berkenaan hari ini dan menasihatkan para pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.

    Sementara bagi penutupan sementara jalan mengikut peringkat di Jalan Kota Batu pula akan bermula pada jam 8 malam ini sehingga 6 pagi keesokannya.

    Jelas kenyataan itu lagi, penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dan melapis semula aspal di Jalan Kota Batu (Kampung Pintu Malim) akan dapat dilaksanakan. Jalan berkenaan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja berkenaan selesai.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi JKR melalui Talian Darussalam: 123, Livechat 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam atau email: pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda