Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat waspada, pandu selamat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Dalam keriangan menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan musim perayaan yang bakal menjelang, setentunya keadaan jalan raya menjadi sibuk dengan ramai pengguna berkunjung ke rumah keluarga dan sahabat-handai serta juga tempat-tempat membeli-belah dan riadah.

    Sehubungan dengan itu, para pengguna jalan raya disarankan untuk meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan ketika memandu atau berada di jalan raya bagi menghindari daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

    Saranan itu dibuat oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Haji Rozaly bin Haji Saidon selaku ketua Urus setia Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) kepada Media Permata semasa pengagihan sampul Hari Raya semasa Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2019 yang berlangsung di Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Beribi, hari ini.

    Beliau menjelaskan bahawa kita sedia maklum bahawa semasa musim perayaan, orang ramai akan sibuk berkunjung ke rumah-rumah saudara-mara dan sahabat-handai di mana kita perlu mengingati untuk sentiasa memerhatikan dan menjaga keselamatan masing-masing dengan memastikan mereka memakai tali pinggang keledar, mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh melalaikan seperti menggunakan telefon bimbit serta untuk mengelakkan daripada memandu dalam keadaan yang kurang sihat.

    Pada masa yang sama, Haji Rozaly turut menekankan agar para pengguna jalan raya peka dan perlu mengambil perhatian kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

    Haji Rozaly menunjukkan sampul Hari Raya yang diagihkan semasa Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2019.

    Mengulas mengenai Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2019 yang diadakan oleh MKKJR sebagai satu inisiatif tahunan majlis berkenaan untuk memperingatkan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya untuk meningkatkan kewaspadaan apabila berada di jalan raya.

    Kempen pada 2019 ini menyaksikan pengagihan sampul Hari Raya yang membawakan mesej keselamatan ‘Bagitau Semua’ kepada pengunjung di JPD di mana lebih 1,000 sampul Hari Raya diagih-agihkan di seluruh negara dengan sebanyak 250 sampul Hari Raya diagih-agihkan di Ibu Pejabat JPD, Beribi.

    Semua pengguna jalan raya diseru untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa di samping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu di jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah dan bertanggungjawab.

    Pemandu-pemandu juga diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalu lintas yang dipamerkan bagi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Salah seorang pengunjung semasa pengagihan sampul Hari Raya itu, Awang Abdul Afiq ‘Izzuddin bin Haji Mardini menyatakan bahawa mesej yang disampaikan dalam sampul Hari Raya yang diagihkan itu adalah cukup jelas di mana ia memberikan penekanan kepada perlunya untuk mengamalkan sikap pemanduan yang beretika serta mementingkan keselamatan semua pengguna jalan raya.

    Beliau turut berpesan, “Sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri ini, marilah kita semua khususnya para pemandu jalan raya untuk sama-sama menjaga keselamatan di jalan raya dengan mematuhi segala peraturan jalan raya terutama jangan bertelefon semasa memandu.

    “Ingati orang-orang tersayang semoga sampai ke tempat dituju dengan selamat.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/