Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Bulan Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dan Allah SWT memuliakan bulan-bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain. Melakukan ketaatan dalam bulan tersebut bakal memperoleh ganjaran yang besar. Oleh itu, sebahagian ulama khususnya ulama mazhab Imam Asy-Syafie’e menghukumkan sunat untuk memperbanyakkan puasa dalam bulan itu.