Sunday, January 12, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan aspek keselamatan jalan raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Penerbitan buku bacaan bersiri Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam bermatlamat untuk membudayakan aspek keselamatan jalan raya, mempertingkatkan serta mengukuhkan pengetahuan asas keselamatan jalan raya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti menghormati undang-undang jalan raya dalam kalangan murid sekolah rendah.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi, mengadakan sesi sosialisasi dan pengagihan buku bacaan bersiri yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Dayangku Hajah Rosminah binti Pengiran Haji Alli.

    Majlis diteruskan dengan taklimat daripada Penolong Pengarah Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya, Haji Mohammad Syafien bin Yandol.

    Penerbitan enam buah buku tersebut merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum selaku ahli kepada Kumpulan Tindakan Perkembangan dan Penyelidikan, MKKJR yang diketuai oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Majlis diakhiri dengan pengagihan buku bacaan bersiri oleh jawatankuasa-jawatankuasa dilantik kepada 172 orang guru akademik iaitu 116 guru wakil dari sekolah rendah, 51 guru wakil dari sekolah swasta dan lima guru wakil dari sekolah Arab.

    Dayangku Hajah Rosminah semasa menyampaikan taklimat, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda