Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan hasil pelaburan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Sebagai usahanya untuk menawarkan pilihan pelaburan yang lebih meluas, Baiduri Capital baru-baru ini telah melancarkan United SDG Fund dengan kerjasama UOB Asset Management Ltd.

    Pelancarannya telah diadakan semasa seminar yang diadakan di The Empire Hotel and Country Club, menurut kenyataan yang dikeluarkan Baiduri.

    Menyentuh mengenai manfaat dana bersama pada amnya, Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan dan Pengarah Baiduri Capital, Pengiran Azaleen bin PD Haji Mustapha berkata, pelanggan mempunyai pelbagai aset yang boleh dilaburkan tanpa keperluan jumlah dana yang besar.

    “Mereka akan mendapat manfaat daripada akses kepada kelas-kelas aset yang tidak boleh didapati kecuali mereka adalah pelabur besar dan institusi,” jelasnya.

    Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon menjelaskan lanjut bahawa menerusi United SGD Fund, para pelabur dapat mengakses pelbagai sektor dalam pasaran bon global.

    “Objektif dana ini adalah untuk membolehkan pelabur-pelabur meningkatkan hasil pelaburan mereka melebihi kadar deposit dolar Singapura yang dirujuk,” tambah beliau.

    Baiduri Capital menawarkan kadar jualan promosi sebanyak 2 peratus bagi United SGD Fund dengan langganan yang telah ditetapkan. Promosi ini berjalan sehingga akhir Februari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda