Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Tingkatkan kebersihan longkang di ibu kota

    Baru-baru ini saya ke program Bandarku Ceria (BKC) bersama ahli keluarga untuk menghadiri salah satu acara di sana.

    Alhamdulillah suasana ibu kota begitu meriah dengan kehadiran orang ramai yang beriadah dan para penjaja yang menjual barangan daripada pakaian hinggalah makanan.

    Namun satu perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai pencemaran bau di kawasan-kawasan sekitar ibu kota.

    Pada mulanya saya hanya menyangka bau ini hanya di kawasan longkang di mana saya meletakkan kereta, namun rupa-rupanya pencemaran bau ini juga datang di beberapa kawasan lain yang menimbulkan situasi yang meloyakan.

    Saya turut bersimpati terhadap sebahagian penjaja terutama mereka yang menjual makanan berdekatan longkang terpaksa menahan bau itu dan tidak mustahil pelanggannya juga berkurangan berikutan pencemaran bau tersebut.

    Sehubungan itu, diharap pihak relevan menyelenggarakan kebersihan longkang-longkang di kawasan ibu kota terutama di kawasan para peniaga yang terpaksa menahan diri daripada bau berkenaan.

    Memang ia akan memerlukan kerja lebih masa untuk pihak relevan dan tukang cuci, namun ia adalah demi kebaikan para penjaja dan pengunjung dari dalam mahupun luar negara yang hadir ke BKC.

    Pengunjung BKC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...