Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan kecekapan pusat kecemasan

    Pusat kecemasan di hospital utama sepatutnya berfungsi sebagai tempat yang menyediakan bantuan segera kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan.

    Namun, tempoh menunggu yang terlalu lama seolah-olah menjejaskan tujuan asalnya.

    Bagi pesakit dalam keadaan kecemasan, setiap detik amat berharga dan menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

    Sebagai hospital utama, beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tempoh menunggu termasuk menambah bilangan kakitangan perubatan bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dan rawatan.

    Memperbaiki sistem pengurusan aliran pesakit dengan menggunakan sistem triage yang lebih berkesan bagi mengutamakan pesakit berdasarkan tahap kecemasan.

    Meningkatkan fasiliti dan kelengkapan dan peralatan perubatan untuk menangani jumlah pesakit yang tinggi.

    Mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam sistem pendaftaran dan pemantauan pesakit secara digital bagi mempercepatkan proses rawatan.

    Membuka perkhidmatan klinik atau pusat kesihatan lain untuk pesakit bukan kritikal mendapatkan rawatan bagi mengurangkan kesesakan di pusat kecemasan.

    Kesihatan dan keselamatan pesakit harus menjadi keutamaan dan sistem kecemasan perlu berfungsi lebih baik bagi memastikan masa menunggu lebih singkat serta rawatan diberikan lebih pantas dan berkesan.

    Pesakit Misteri

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda