Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin melalui Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) dengan kerjasama Balai Talaqqi telah mengadakan Majlis Maulid Perindu Kasih Rasulullah SAW bertempat di Auditorium, UNISSA.

    Seramai 107 warga UNISSA terdiri daripada tenaga akademik, pelajar Fakulti Usuluddin dan juga orang awam menghadiri majlis tersebut.

    Acara maulid itu bertujuan untuk memperingati junjungan Nabi Muhammad SAW atas perjuangan Baginda memperjuangkan agama Islam. Acara dimulakan dengan bacaan Maulid Adhiyaul-lami dan alunan Qasidah yang diketuai oleh beberapa mahasiswa daripada pelajar Fakulti Usuluddin dan juga orang luar.

    Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan kitab As Syifa Bita’rifi Huquqil Musthofa yang disampaikan oleh Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Ahmad Ahyad bin Haji Amynoor.

    Pembacaan kitab itu bertujuan bagi memperluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW khususnya terhadap penuntut ilmu dan juga kepada masyarakat.

    Majlis ditutup dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Ketua Unit Keagamaan dan Kerohanian BadrU, Awang Muhammad Hazmi bin Haji Abdul Mutalib.

    Antara yang menyertai acara maulid yang diadakan di Auditorium, UNISSA. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    GAMBAR SERAHAN UNISSA
    GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda