Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan kualiti ceramah sesuai arus zaman

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Seramai 100 orang menyertai Halaqah Bimbingan Da’ie Kali ke-71 anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah), bertempat di Dewan Persidangan, PDI, Kampung Pulaie, pagi tadi.

    Halaqah Bimbingan Da’ie bertujuan untuk memastikan setiap ceramah yang disampaikan sentiasa konsisten, berkesan dan berwibawa serta selaras dengan isu-isu semasa dan seiring dengan arus perkembangan zaman. Ianya juga menjadi platform pertukaran pandangan dan pengalaman antara para penceramah.

    Peserta-peserta halaqah adalah daripada Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan; Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam serta pensyarah dan penolong pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) di bawah KHEU; pensyarah dan penolong pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), da’ie-da’ie dari jabatan kerajaan, swasta dan da’ie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei serta para pegawai dan kakitangan PDI.

    Hadir selaku fasilitator jemputan bagi halaqah tersebut ialah Pensyarah Kanan Pendidikan dan Bahasa Arab, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya Dr Haji Gamal Abdul Nasir Zakaria.

    Majlis halaqah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. Diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada fasilitator jemputan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh. Selesai pembentangan daripada fasilitator jemputan, acara diikuti dengan sesi perbincangan serta soal jawab kepada para peserta dan jemputan yang hadir.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama para peserta program tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI
    Sebahagian dari penceramah yang mengikuti halaqah tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda