Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan pencegahan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan semasa kebakaran, Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan Taklimat dan Pengosongan Bangunan serta Tunjuk cara Alat Pemadam Api di Bangunan Sphere Secure Services (S3), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, di sini, hari ini, taklimat itu melibatkan seramai 12 orang rekrut S3 yang mana aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat keselamatan kebakaran, latihan pengosongan bangunan dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

    Sesi taklimat itu bermatlamat untuk menerapkan kesiapsiagaan rekrut dalam menjalankan tugas selepas menamatkan latihan, memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek keselamatan

    kebakaran, mengesahkan keberkesanan prosedur pengosongan bangunan bagi pihak S3 adalah efektif dan bersistematik serta untuk membolehkan interaksi, kerjasama dan mengukuhkan hubungan di antara JBP dengan pihak Syarikat S3.

    JBP turut menyarankan supaya orang ramai akan meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa cuaca tidak menentu, memastikan pemasangan dan penyambungan pendawaian elektrik dibuat oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf atau bertauliah dan mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik serta sentiasa meningkatkan pencegahan kebakaran, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.

    Tunjuk cara penggunaan alat pemadam api dengan betul yang diadakan semasa taklimat yang diadakan di Bangunan S3, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda