Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan pengeluaran barangan tempatan

    Ketika dunia global masih di bawah ancaman COVID-19 tidak terkecuali negara kita, penutupan sempadan negara merupakan langkah terbaik untuk mengelak kemasukan kes secara diimport dari luar negara.

    Namun, dengan penutupan sempadan ini menimbulkan masalah kepada para pengguna mendapatkan barangan harian seperti barang-barang makanan kerana kesukaran dan kurangnya kemasukan barangan dari luar negara.

    Dalam masa yang sama, dengan kesukaran yang dialami ini menunjukkan negara kita hanya berpandukan kepada barang-barang yang diimport sebagai sumber barang keperluan.

    Terdetik di fikiran saya, kenapa negara kita tidak meningkatkan produk-produk tempatan yang ada terutama produk-produk yang dihasilkan 1K1P? Sedangkan sesetengah produk tersebut boleh dikembangkan dan dikomersialkan secara besar-besaran.

    Justeru, bukan saja dapat meningkatkan ekonomi negara, malah ia juga membantu negara daripada terlalu banyak bergantung dan mengharapkan barangan dari luar negara.

    Sebagai contoh saja, semasa saya berada di Indonesia, kebanyakan barangan yang ada di kedai-kedai mereka lebih mengutamakan barangan tempatan dan hanya sebahagian sahaja barang yang diimport dari luar negara.

    Daripada segi harga, di sana harga barangan tempatan mereka lebih murah manakala harga barang dari luar negara pula dijual dengan harga mahal.

    Pada pendapat dan pandangan saya, ketika inilah masanya yang sesuai bagi mendedahkan produk-produk tempatan walaupun hanya secara perlahan-lahan.

    Tidak mustahil, daripada usaha yang perlahan-lahan negara kita juga mampu melakukan seperti di Indonesia atau negara-negara luar yang lain.

    Dengan cara begini kita mampu menampilkan barang-barang tempatan secara komersial dan dalam masa yang sama dapat membantu ekonomi negara serta menggurangkan kadar pengangguran di negara ini.

    Sapotproduktempatan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda