Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinjau kemudahan lapangan terbang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Rombongan seramai 92 orang murid Tahun 2 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Berangkat sama ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

    Dengan diiringi guru-guru dan ibu bapa sukarelawan, murid-murid kelihatan teruja apabila mereka dibawa meninjau lapangan terbang oleh kakitangan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

    YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama rakan-rakan yang melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    ATAS & BAWAH: YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan mendengar taklimat ketika lawatan ke salah sebuah bahagian di lapangan terbang itu bersama ahli rombongan lain.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ISB, murid-murid berkenaan yang sedang mempelajari tentang pengangkutan udara dan ‘jet setting’ dalam kelas, dapat melihat secara sendiri kurikulum mereka apabila belajar mengenai benua-benua, negara dan kebudayaan yang hanya jarak satu penerbangan RB.

    Semasa lawatan itu, para pelajar dibawa ke setiap bahagian proses, daripada pembelian tiket di pejabat penerbangan dan mendaftar masuk. Kenyataan menambah, ramai murid kelihatan takut ketika melalui kawasan pemeriksaan bagasi dan pengesan metal.

    Langkah terakhir dalam lawatan pendidikan mereka adalah ke dek pemerhatian untuk melihat kapal-kapal terbang mendarat dan berlepas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda