Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tinjau kemudahan Pusat Kesihatan Panaga

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 OKT – Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan, seramai 23 ahli Pusat Kegiatan Warga Emas Belait (PKWE Belait) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Panaga
    pagi tadi.

    Mengetuai rombongan PKWE Belait ialah Pengurus Pentadbiran, Salimo.

    Kedatangan rombongan telah disambut oleh Ketua Promosi Kesihatan dan Pemasaran, Pengiran Anuar bin Pengiran Haji Rambli, yang seterusnya menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan penjagaan ke-sihatan di pusat tersebut.

    Menurut Salimo, sejak penjenamaan semula dilancarkan pada 23 September lalu, lawatan ke pusat kesihatan tersebut telah membantu memperkukuh hubungan di antara ahli-ahli daripada pelbagai kumpulan dan agensi di seluruh daerah menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

    Selain mendengarkan taklimat, rombongan juga melawat beberapa kemudahan dan jabatan di bawah Pusat Kesihatan Panaga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tugas harian kakitangan perubatan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

    Ahli PKWE Belait mendengarkan taklimat semasa melawat salah satu jabatan di Pusat Kesihatan Panaga.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...