Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Boustead Sdn Bhd, pengedar rasmi tunggal kenderaan Nissan di Negara Brunei Darussalam turut menampilkan model SUV terkininya, Nissan Terra semasa Pesta Pengguna ke-23 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang akan berlangsung hingga hujung bulan ini.
Nissan Terra merupakan kenderaan Nissan terkini dalam segmen L-SUV yang dilengkapi dengan enjin diesel 2.5L Intercooler turbocharged dan transmisi 7-speed.
Ia mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa dengan dilengkapi oleh Nissan Intelligent Mobility menyediakan persekitaran yang selamat ketika memandu serta sesuai untuk keluarga.
Pada masa yang sama, Nissan Terra juga mempunyai versi 4WD dan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Hill Start Assist dan Hill Descent Control untuk memberikan keyakinan kepada pemandu ketika melalui laluan yang mencabar.
Semasa pesta pengguna itu, pakej-pakej servis istimewa yang menarik juga ditawarkan dan orang ramai dialu-alukan hadir untuk menyaksikan Nissan Terra terbaharu dengan lebih dekat dan merebut hadiah-hadiah menarik sementara stok masih ada.
