Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinjau perkembangan mukim

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 2 OGOS – Dalam usaha meninjau perkembangan dan kemudahan yang terdapat di Mukim Bokok dengan tumpuan di Kampung Tamada, satu lawatan kerja diketuai oleh pemangku pegawai Daerah Temburong bersama pegawai dan kakitangan beberapa buah agensi kerajaan telah diadakan baru-baru ini.

    Lawatan bermula dengan sesi muzakarah bersama penduduk kampung dan agensi-agensi berkepentingan di kampung itu yang menekankan mengenai profil Mukim Bokok dan kampung-kampung di bawah tadahannya serta perkembangan dan kemudahan asas yang terdapat di kampung tersebut.

    Rombongan kemudiannya meninjau sekitar kampung terutamanya prasarana yang terdapat di sana dan diteruskan dengan lawatan ke Ladang KPLB Kampung Meniup.

    Turut menyertai rombongan itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu yang juga penghulu Mukim Bokok, ketua-ketua cawangan agensi berkepentingan dan ahli-ahli majlis perundingan kampung di mukim itu. Selain meninjau prasarana-prasarana yang terdapat di sana, ia juga merupakan usaha berterusan Jabatan Daerah untuk memeduli kesejahteraan rakyat dan penduduknya.

    Pemangku pegawai Daerah Temburong bersama rombongan mendengar taklimat di Kampung Temada.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda