Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3

    Oleh Sim Y. H.

    Walaupun pertumbuhan dalam ekonomi Plus-3 lemah tetapi aktiviti ekonomi dalam ASEAN kekal mantap bagi suku keempat 2022 dan awal 2023.

    Pada masa yang sama, pembukaan semula ekonomi di China serta pelancongan antarabangsa boleh mengimbangi permintaan luar yang perlahan.

    Pertumbuhan ASEAN+3 diunjurkan pada 3.3 peratus pada 2022 dan 4.3 peratus pada 2023 manakala inflasi diunjurkan sebanyak 6.3 peratus pada 2022 dan 4.5 peratus pada 2023.

    “Prospek pertumbuhan serantau masih lagi bergantung pada pelbagai jenis risiko,” menurut Laporan Prospek Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) kemas kini suku tahunan Januari 2023 yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO), baru-baru ini.

    Pembangunan Ekonomi Serantau dan Global sejak kemas kini AREO Oktober 2022.

    Rantau ASEAN+3 tumbuh dengan kukuh dalam suku ketiga 2022 dengan permintaan domestik kekal berdaya tahan serta mengimbangi kelembapan pertumbuhan eksport bersih.

    Harga minyak, gandum dan minyak kelapa sawit telah kembali hampir kepada tahap sebelum kejadian konflik di Ukraine.
    Gambar fail Angkor Wat di Kemboja. Menjelang suku keempat, kebanyakan ekonomi termasuk Kemboja, Brunei, Malaysia, Thailand dan Vietnam telah menghapuskan semua langkah-langkah pencegahan yang digariskan di sempadan bagi mengatasi pandemik dan menghidupkan semula industri pelancongannya.

    ASEAN, Jepun dan Korea menerajui perkembangan itu dengan pengurangan langkah-langkah kawalan berserta kadar vaksinasi yang tinggi yang membolehkan lebih aktiviti ekonomi seperti perdagangan, runcit dan pembinaan, untuk bermula semula. Sementara itu, di China pula, ekonomi domestik disokong oleh dasar-dasar penstabilan ekonomi.

    China tamatkan dasar Sifar COVID dinamik dan mula buka semula ekonomi di hujung 2022.

    China telah melonggarkan dasar-dasar pembendungan COVID-19 pada 7 Disember 2022 dan mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan kuarantin mandatori serta pengesanan kontak bagi pengembara yang datang masuk bermula 8 Januari 2023 yang secara efektif membuka semula sempadan antarabangsanya setelah hampir tiga tahun.

    Hong Kong juga telah menarik balik semua sekatan perjalanan bagi pengembara yang datang masuk bermula 29 Disember 2022, sama dengan China.

    Eksport ASEAN+3 kehilangan momentum di separuh kedua 2022

    Nilai eksport ASEAN+3 jatuh tiga bulan berturut-turut sejak Julai akibat permintaan global yang lemah.

    Di China, dasar-dasar ketat untuk menghapuskan penularan virus memberi kesan kepada aktiviti kilang terutamanya pada suku keempat.

    Permintaan yang menurun dari China juga menyebabkan penghantaran keluar yang menurun dari Jepun dan Korea.

    Sementara itu, kitaran menurun teknologi global yang dicerminkan daripada permintaan yang kurang bagi produk-produk elektronik juga memberi kesan kepada prestasi perdagangan ASEAN iaitu satu trend yang dijangka akan terus berlaku dalam bulan-bulan mendatang disebabkan oleh pertumbuhan perlahan dalam ekonomi global.

    Penyambungan semula pelancongan akan menawarkan sedikit kelegaan bagi pertumbuhan eksport rantau.

    Ketibaan pelancong bulanan meningkat pada September 2022 dengan jumlah pelawat ke ASEAN-5 mencapai tahap hampir separuh pra-pandemik. Pertumbuhan pelancongan dan perjalanan di rantau berkenaan juga telah meningkat dengan penghapusan sekatan perjalanan dan penyambungan semula penerbangan antarabangsa sejak suku kedua 2022.

    Menjelang suku keempat, kebanyakan ekonomi termasuk Brunei, Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam telah menghapuskan semua langkah-langkah pencegahan yang digariskan di sempadan bagi mengatasi pandemik.

    Kehadiran jumlah kedatangan pelancong yang besar dari China di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 di China telah menyebabkan ujian saringan COVID-19 diperkenalkan semula sekaligus pengimbasan suhu badan di beberapa ekonomi serantau.

    Namun sekatan berkenaan dilonggarkan sedikit dan aktiviti pelancongan di rantau ini berada di landasan tepat untuk meningkat dengan lebih lanjut.

    Inflasi telah menjadi sederhana dalam kebanyakan ekonomi

    Harga minyak, gas, gandum dan minyak kelapa sawit telah kembali hampir kepada tahap sebelum kejadian konflik di Ukraine disebabkan oleh permintaan global yang lemah, catuan gas di Eropah dan penyambungan inisiatif Black Sea Grain untuk memudahkan pengeksportan gandum dari Ukraine.

    Pada masa yang sama, pengetatan dasar monetari telah membantu untuk mengawal tekanan inflasi di kebanyakan ekonomi serantau.

    Oleh itu, inflasi telah menjadi sederhana di kebanyakan rantau berkenaan pada suku terakhir 2022, kecuali di Laos dan Myanmar di mana inflasi masih tinggi disebabkan oleh susut nilai mata wang yang mendadak berbanding dengan Dolar AS.

    Prospek Ekonomi Serantau

    Unjuran pertumbuhan 2022 bagi ASEAN+3 adalah lebih rendah daripada unjuran yang dikemas kini Oktober AREO 2022 yang mencerminkan pertumbuhan lemah di dalam ekonomi-ekonomi Plus-3.

    China dijangkakan tumbuh lebih perlahan iaitu pada kadar 3 peratus pada 2022 dengan penularan COVID-19 yang berulang menjejaskan kerja pengeluaran kilang dan melembapkan sentimen pengguna.

    Sektor hartanah yang bermasalah juga menyebabkan kelembapan pelaburan domestik pada 2021.

    KDNK Hong Kong juga kini diunjurkan mengecut pada 2022 akibat eksport yang juga mengecut secara mendadak dalam suku ketiga. Pertumbuhan KDNK di rantau ASEAN pada 2022 adalah lebih tinggi daripada unjuran Oktober lalu disebabkan oleh pemulihan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta dalam ekonomi-ekonomi ASEAN-6 yang ditambah dengan penyambungan semula perjalanan dan pelancongan.

    Prospek pertumbuhan bagi 2023 juga telah dikemaskinikan menurun disebabkan oleh ekonomi Plus-3. Ekonomi global dijangka akan meningkat pada kadar yang lebih perlahan berbanding aktiviti pembuatan di Amerika Syarikat dan kawasan Eropah yang dijangka akan melemah.

    Permintaan luar yang menurun juga akan menyebabkan pertumbuhan yang sederhana di Jepun dan Korea.

    Pada masa yang sama, pertumbuhan KDNK di China juga dijangka akan meningkat dengan pemulihan permintaan domestik berikutan penyingkiran langkah-langkah pembendungan COVID-19.

    KDNK Hong Kong diunjurkan untuk meningkat mendadak dengan penghapusan sekatan pembendungan pandemik dan pembukaan semula sempadan dengan tanah utama China. Prospek ekonomi bagi rantau ASEAN juga secara besarnya juga tidak berubah daripada kemas kini Oktober AREO 2022.

    Penilaian staf AMRO bagi inflasi keseluruhan rantau ASEAN+3 secara luasnya tidak berubah daripada kemas kini Oktober AREO 2022.

    Unjuran inflasi 2023 bagi rantau ini adalah lebih tinggi daripada Oktober lalu disebabkan oleh kemasukan data bagi Myanmar di mana inflasi diunjurkan sebanyak 14 peratus.

    Tanpa Myanmar, inflasi keseluruhan bagi rantau ini pada 2023, kekal tidak berubah dari Oktober lalu iaitu pada 3.5 peratus. Inflasi keseluruhan dijangkakan menjadi sederhana pada 2023 daripada lebih 6 peratus pada 2022 dengan harga makanan dan tenaga global menurun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...