Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinju: Takam ganti Pulev hadapi Joshua

    LONDON, 17 Okt – Petinju dari Perancis, Carlos Takam akan menentang pemegang gelaran Anthony Joshua bagi heavyweight dunia IBF pada 28 Oktober selepas pencabar asal, Kurbat Pulev mengalami kecederaan bahu, umum promoter pertarungan, Eddie Hearn semalam. Takam, kelahiran Cameroon, 36, diletakkan dalam ranking ketiga oleh organisasi induk tersebut dan Hearn mendedahkan dia memberitahunya untuk bersedia jika sesuatu berlaku kepada Pulev.

    Petinju dari Bulgaria itu, Pulev, yang kehilangan gelaran dunianya kepada Wladimir Klitschko dalam lima pusingan pada November 2014, mengalami kecederaan ketika berlatih.

    “Saya menerima panggilan dari Kalle Sauerland lewat petang untuk memaklumkan saya bahawa Pulev mengalami kecederaan bahunya dan mungkin diketepikan dari pertarungan, ini kemudian disahkan oleh doktornya,” kata Hearn dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

    “Peraturan IBF menyatakan bahawa mandatori akan beralih kepada petinju seterusnya iaitu Carlos Takam.

    “Apabila pertarungan Pulev dimumumkan saya membuat persetujuan bersama pasukan Takam untuk memulakan kem latihan dan bersedia bagi pertarungan ini. Apabila saya menghubungi mereka malam ini, mereka terlalu gembira dan sudah bersedia.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda