Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinju: Thurman, Garcia mahu jadi terkenal

    NEW YORK, 22 Feb – Pesaing bagi gelaran welterweight dunia yang belum pernah kalah, Keith Thurman dan Danny Garcia masing–masing berikrar untuk mencuri tumpuan dunia yang pernah dilakukan oleh Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao dengan memenangi pertarungan mereka minggu depan di New York.

    Pertarungan pada 4 Mac depan di antara petinju AS itu di Barclay Center, Brooklyn adalah pertarungan ketiga di antara juara welterweight yang belum pernah kalah, pertama sejak Oscar de la Hoya menghadapi Felix Trinidad pada tahun 1999.

    “Pemenang dalam pertarungan ini adalah petinju yang mempunyai berat badan 147 paun (66.7 kg) dan siapa pun petinju pada kedudukan 147 dengan Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao, sudah menjadi wajah tinju,” kata Thurman.

    “Pemenang pertarungan ini akan mendapatkan keutamaan. Mereka akan melangkah masuk ke dalam dunia tinju. Tumpuan adalah ke atas mereka. Saya bersedia untuk mencipta sejarah pada kedudukan 147 dan menguasai kelas berat badan ini buat beberapa tahun lagi.”

    Juara Persekutuan Tinju Dunia (WBA), Thurman, 27-0 dengan 22 ‘knockout’, dan juara Majlis Tinju Dunia (WBC), Garcia, 33-0 dengan 19 ‘knockout’, adalah bintang divisyen welterweight, yang lama dikuasai oleh Mayweather, yang bersara tanpa kalah pada kedudukan 49-0 pada tahun 2015.

    “Jika saya menang, saya akan menjadi wajah tinju,” kata Garcia.

    Ikon dari Filipina, Pacquiao, 59-6 dengan dua seri dan 38 ‘knockout’, memegang mahkota welterweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO), tetapi pesaing petinju itu, 38, seterusnya adalah tidak pasti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda