Oleh Nurdiyanah R.-
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Dalam sama-sama menyambut Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 Tahun (HK-41), Tinkerbell Learning School bagi sesi pagi dan sesi petang turut tidak ketinggalan dalam mengadakan sambutan hari kebangsaan dengan tema ‘Baju Awang Budiman dan Dayang Budiwati’ di luar perkarangan sekolah tersebut, baru-baru ini.
Tema tersebut mengangkat elemen budaya Brunei dengan mengenakan pakaian tradisional yang ikonik, Awang Budiman dan Dayang Budiwati adalah maskot Sukan SEA ke-20 sebagai lambang identiti keBruneian.
Bagi memeriahkan lagi sambutan HK-41 itu, pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti pertandingan kuiz, mewarna logo Hari Kebangsaan Brunei, pertandingan poster, serta pertandingan kostum bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
Semua itu memberikan peluang kepada para peserta, terutama murid-murid, untuk lebih mengenali budaya dan sejarah negara Brunei Darussalam dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif.