Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip apabila kenderaan ditenggelami banjir

    KEJADIAN banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tip penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir.

    1-Selepas banjir surut, periksa kereta anda (sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kabin kereta).

    2– Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa diganti.

    3– Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah dua hingga tiga bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak. – Agensi

    Selepas banjir surut, periksa kereta anda dan jangan cuba hidupkan enjin kereta anda.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda