Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip bulu mata fleksibel

    Penjagaan bulu mata tidak pernah menjadi tanda tanya, malah ia sering diambil ringan atau jarang sekali diberikan perhatian.

    Seperti penjagaan rambut, rutin menggunakan syampu, perapi atau sekali-sekala dirawat untuk mendapatkan hasil rambut lebih bermaya dan bersinar.

    Begitu juga dengan bahagian mata, ia merupakan helaian lanjutan rambut yang unik kerana berada di garisan atas mata. Jadi penjagaannya agak rumit dan memerlukan pendekatan yang berbeza dengan tekanan yang lebih lembut.

    Secara asasnya, bulu mata perlu diberi perhatian dan mendapatkan rawatan yang sama dalam misi memastikan ia tumbuh (atau kekal) dengan lebih kuat dan sihat. Seiring dengan peredaran masa seperti kematangan atau penuaan, manusia akan kehilangan sekurang-kurangnya satu hingga empat helaian dalam sehari.

    Bulu mata juga boleh bertindak menjadi lebih pendek, nipis atau lebih ringan tanpa penjagaan lengkap.

    Berikut dikongsi lima tip mudah untuk memastikan bulu mata yang lebih sihat serta mampu bertahan lebih lama.

    Pad kapas mampu membantu membersihkan maskara termasuk kotoran pada bulu mata. – Gambar eh.my
    Gambar Envato

    BUANG MASKARA DENGAN TELITI

    Pembuangan maskara adalah penting kerana untuk mengelakkan kerengsaan tidak diingini masuk ke dalam mata. Rendam pad kapas dengan penggunaan formula cecair yang mampu menghilangkan maskara dengan lebih lembut, kemudian biarkan di permukaan mata selama beberapa saat.

    Ulang langkah yang sama sehingga bersih dan tidak perlu menarik atau memaksa keluar jika ada produk yang masih melekat pada bulu mata.

    Bagi yang mementingkan penjagaan alam sekitar pula, tidak salah jika beralih daripada pad kapas kepada kain yang boleh digunakan semula.

    CEGAH KELENJAR MATA DARI TERSUMBAT

    Selepas membersihkan maskara, ambil pad kapas yang baharu atau kain bersih, lalu perlahan-lahan menekan bulu mata ke atas.

    Ulang langkah yang sama dan menekan bulu mata ke bawah. Bahagian mata mempunyai ratusan kelenjar kecil di atas dan bawah kelopak mata. Ia menghasilkan minyak yang dapat melicinkan permukaan mata.

    Jadi cara membersihkan bahagian itu perlu dilakukan secara berhati-hati untuk elak daripada tersumbat, mencegah keradangan pada kelopak mata seperti kemerahan, gatal, atau gangguan lain pada mata yang disebabkan oleh bakteria.

    PENGGUNAAN PERAPI BULU MATA

    Dengan menggunakan perapi, ia dapat meningkatkan penampilan dan kesihatan bulu mata serta melindungi daripada kerosakan.

    Selain itu, ia boleh membantu kekuatan dan fleksibiliti yang boleh memastikan kitaran penumbuhan bulu mata secara semula jadi.

    CECAIR TITISAN BUAT MATA

    Penggunaan cecair titisan pada mata dapat membantu untuk membersihkan mata tanpa perlu menggosok dengan tekanan yang kuat. Ia juga menyegarkan dan menghilangkan gejala mata kering atau letih.

    Pastikan pemilihan produk menggunakan formula yang lebih teliti seperti kandungan asid hyaluronik, kerana ia merupakan bahan yang sangat semula jadi dan lebih baik buat banyak bahagian badan, termasuk mata.

    REHATKAN BULU MATA BEBAS MASKARA

    Secara asasnya, maskara bukan merupakan produk yang harus awda ketepikan, namun maskara terutama yang kalis air boleh menyebabkan bulu mata jatuh dengan lebih banyak jika pembuangan maskara tidak dilakukan secara teliti.

    Walau bagaimanapun, penggunaan maskara secara berterusan tidak menjadi masalah, jika langkah pembersihan dan penjagaan dititikberatkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda