Sesetengah lelaki bila usia mencecah 30an dan mula ada anak, kadangkala sudah mula mengabaikan gaya mereka.
Apa yang dipakai tidak banyak berubah setiap hari. Sampaikan penampilan itu nampak sama sahaja. Sedangkan lelaki dan gaya sepatutnya tidak boleh berpisah sampai bila-bila.
Penampilan itu perlu dijaga bukan hanya untuk nampak lebih segak dan kemas tetapi juga untuk kepuasan diri sendiri.
Salah satu jenis pakaian yang penting ialah baju. Dan bila berbicara tentang baju ia tidak semestinya tertumpu pada kemeja sahaja.
Tahukah awda tidak kiralah pada usia berapa sekali pun, baju-T merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki. Ia menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.


Walaupun kerap memakai baju-T mungkin awda tidak tahu, ia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis untuk keperluan yang berbeza-beza.
Namun begitu sebagai sebagai lelaki versatil yang pentingkan penampilan awda tidak semestinya memakai baju-T sahaja.
Adalah memadai jika awda memiliki sekurang-kurangnya lima jenis baju-T untuk disimpan dalam almari pakaian sebab ia adalah antara yang kerap awda gunakan.
UNDERSHIRT
Ramai yang tidak mengambil perhatian tentang baju-T jenis ini. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas awda menyarungkan undershirt.
Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh tentera Rom dan China.
Namun zaman itu pemakaian undershirt tidak berapa terkenal berbanding sekarang. Pada zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.
BAJU-T POLO
Jika awda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, baju-T polo sangat sesuai untuk awda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. Baju-T itu menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.
Jenis baju-T tersebut senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos atau memadankannya dengan jaket. Awda boleh memilih warna-warna asas seperti hitam, putih, biru laut atau kelabu.
Ketika memakainya, pastikan baju-T itu sesuai dengan badan awda. Awda juga boleh memilih variasi baju-T seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.
BAJU-T Lacoste
Baju-T jenis ini boleh membuatkan penampilan awda nampak versatil. Siapa sangka baju-T Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.
Baju-T jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.
BAJU-T HENLEY
Baju-T Henley hampir sama dengan baju-T Polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan awda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.
Pemakaian baju-T jenis ini dijamin membuatkan penampilan awda lebih menonjolkan kelelakian. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan awda lebih menyerlah.
SWEATSHIRT
Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada baju-T biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga awda tidak berasa panas. Baju-T jenis ini membuatkan penampilan awda lebih kasual dengan gaya sporty. Awda boleh memiih warna-warna neutral seperti hitam, putih, biru laut atau kelabu agar awda kelihatan segak ketika menggayakan sweatshirt. – Agensi

