Melihat bulu kening yang berserabut dan ada yang mula tumbuh membuatkan bentuk kening kelihatan tidak cantik dan lari dari bentuk yang asal.
Ia juga sukar untuk awda melukisnya terutama sekali bagi individu yang tidak mahir dalam melukis kening.
Tetapi jika awda tahu bagaimana cara yang betul untuk menguruskan bulu kening yang mula tumbuh, ia akan kelihatan cantik dan sihat.
Berikut dikongsi beberapa tip daripada Pakar Brow Antarbangsa, Jared Bailey, mengenai cara untuk mengemas dan mengekalkan kening awda.
TIP 1: Sekiranya ingin membentuk semula kening, awda perlu sabar dan tunggu!
Proses pertumbuhan bulu kening memerlukan masa dan kesabaran. Sama seperti rambut di kepala, bulu di kening juga tumbuh dalam satu pusingan.
Bergantung pada seberapa sihat folikel bulu kening awda, diperlukan 12 hingga 16 minggu untuk melihat potensi pertumbuhan bulu pada kening awda sepenuhnya.
Mungkin proses pertumbuhan mengambil masa agak lama sebelum awda dapat melihat hasil sebenar, tetapi percayalah ia akan memberikan hasil yang menawan.
TIP 2: Sekiranya ingin mempercepatkan pertumbuhan bulu kening awda, cuba selitkan produk dan serum tropikal ke dalam rutin penjagaan kulit.
Urut tulang kening awda dengan hujung jari ketika sedang mengoles produk rutin penjagaan kulit.
Gunakan hujung jari untuk menepuk atau menekan secara perlahan pada kening kira-kira 30 saat.
Awda boleh menggunakan produk yang mengandungi ramuan seperti keratin dan protein soya yang diketahui dapat menggalakkan pertumbuhan bulu kening yang sihat.
Sapukan sebelum tidur dan biarkan ia melakukan keajaibannya sewaktu awda tidur.
Hujung alat aplikasi diperbuat daripada nodul kecil yang digunakan untuk mengurut kawasan kening, melancarkan pergerakan aliran darah ke saluran yang dapat mendorong pertumbuhan bulu kening.
TIP 3: Sekiranya awda rasa tidak selesa atau merimaskan dengan semua bulu kening tambahan, boleh trim tetapi jangan tweeze!
Ambil gel kening jenis atau tekstur jernih dan sikat bulu kening ke atas, ke arah garis bulu tersebut dan keluar ke arah pelipis.
Biarkan gel kering sepenuhnya sebelum awda memotong hujung bulu kening yang berlebihan untuk mendapatkan bentuk yang awda inginkan.
TIP 4: Sekiranya awda masih perlu membersihkan kening atau sekurang-kurangnya membuat ia kelihatan rapi, gunakan kaedah hide dan enhance.
Pertama, sembunyikan bulu kening dengan menggunakan penyamar noda liputan penuh seperti Boi-ing Cakeless.
Tepuk perlahan pada bulu kening yang masih tumbuh untuk menyembunyikannya.
Kedua, serlahkan bentuk kening awda dengan pensel mikro.
Pilih warna yang sesuai dengan warna bulu kening semula jadi awda dan buat gerakkan kecil di kawasan yang memerlukan lebih banyak sokongan semasa fasa pertumbuhannya.
– Agensi