Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Indera Motors
Negara Brunei Darussalam diramal mengalami jumlah turunan hujan yang tinggi dari bulan Oktober hingga Januari. Dengan perubahan musim ini, keadaan jalan raya juga turut berubah.
Hujan lebat dan hujan berpetir yang disebabkan oleh monsun barat daya menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin dengan penglihatan rendah khususnya pada waktu malam.
Pada masa inilah, adalah amat penting pengguna jalan raya memandu dengan selamat, meningkatkan kesedaran dan berwaspada ketika memandu di jalan raya. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan, adalah amat penting untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk dipandu semasa hujan lebat. Pemandu harus memastikan bahawa fungsi-fungsi utama kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik seperti pengelap cermin depan, lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat pusing dalam keadaan optimum.
Pemandu juga dinasihatkan untuk menukar bilah pengelap setiap enam bulan sekali khususnya dalam cuaca basah di mana ia dipercayai dapat membantu para pemandu untuk memandu dengan lebih selamat dan memastikan hujan lebat tidak mengganggu penglihatan mereka.
Jika cermin depan kereta berkabus, cara untuk menghilangkan kabus berkenaan adalah untuk menaikkan kawalan penyaman udara supaya udara di dalam kabin kenderaan adalah lebih sejuk daripada persekitaran luar kenderaan.
Pada masa yang sama, beberapa jenis kenderaan Jaguar dilengkapi dengan lampu Xenon High-Intensity Discharge (HID) iaitu dua kali ganda lebih terang daripada lampu halogen biasa di mana ia mempunyai warna yang serupa dengan waktu siang yang menjadikan tanda jalan dan papan tanda kelihatan lebih jelas bagi pemanduan yang lebih selamat.
Sementara itu, para pemandu juga disarankan untuk memastikan bahawa tayar mereka mampu untuk berdepan cuaca basah kerana tayar boleh hilang daya cengkaman dan boleh saja tergelincir dalam keadaan jalan raya basah.
Ia terutamanya bagi tayar yang tidak mempunyai bunga yang betul kerana air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan boleh berkumpul di bawah tayar berkenaan.
Di samping itu, para pemandu juga disarankan untuk memastikan tekanan udara tayar mereka adalah dalam keadaan sempurna kerana tekanan udara tayar memberikan kesan kepada prestasinya di jalan raya terutama dalam keadaan hujan. Tekanan udara yang betul akan membantu untuk mengagihkan berat kenderaan mereka supaya dapat memastikan bahawa tayar dan juga kenderaan itu dalam keadaan lebih stabil dengan prestasi cengkaman yang lebih baik.
Pemandu juga disarankan untuk memastikan bahawa tayar mereka tidak berumur lebih enam tahun daripada tarikh buatannya di mana tayar yang telah mansuh adalah berbahaya kerana getah akan mengeras yang menyebabkan tayar menjadi rapuh dan boleh hilang cengkaman.
Ia juga boleh pecah disebabkan oleh getah yang mengeras apabila ia terkena barang tajam atau lopak di jalan raya.
Di Jaguar Land Rover, Pemeriksaan Kesihatan Kenderaan Elektrik secara percuma disediakan kepada semua pelanggan termasuk pemeriksaan bilah pengelap, lampu hadapan dan lampu brek serta juga pemeriksaan tayar dan brek bagi kerosakan. Penyelenggaraan dan pemeriksaan kenderaan yang kerap adalah amat penting khususnya pada musim monsun.
Setelah memastikan bahawa kenderaan mereka adalah selamat untuk digunakan pada hari hujan, mereka harus mengamalkan sikap pemanduan yang berhati-hati, bertanggungjawab dan berwaspada. Pemandu memerlukan tumpuan sepenuhnya ketika memandu.
Para pemandu juga dinasihatkan untuk memberikan ruang di antara mereka dengan kenderaan lain bagi mengelakkan daripada pelanggaran. Pertimbangkan ciri-ciri keselamatan kenderaan seperti Adaptive Cruise Control untuk membantu mengekalkan jarak dengan kenderaan lain serta Blind Spot Monitor yang mengesan kehadiran kenderaan pada titik buta (blind spot) untuk meningkatkan keselamatan dalam cuaca hujan.
Para pemandu juga dinasihatkan untuk mengelakkan jalan raya yang banjir dan memastikan enjin kereta mereka kering jika kereta mereka tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak dalam air. Kebanyakan kenderaan Land Rover mempunyai keupayaan bergerak dalam air tetapi adalah amat penting bagi mereka untuk memeriksa buku manual kenderaan bagi mengetahui paras maksimum ketika bergerak dalam air.
Pemandu juga disarankan untuk memandu mengikut atau di bawah had laju di mana ia adalah amat penting demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain. Ia juga akan membantu mereka mengelak daripada berlaku hydroplaning iaitu apabila kenderaan mereka bergerak di atas air dengan kontak yang minimum dengan tanah atau permukaan.
Kenderaan Jaguar mempunyai sistem All-Wheel Drive with Intelligent Driveline Dynamics yang unik di mana ia mengumpul dan menterjemah data daripada sensor bagi meramal sama ada kenderaan akan kehilangan cengkaman dengan permukaan jalan.
Para pemandu disarankan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan mereka kerana walaupun kenderaan mereka dalam keadaan baik atau mengalami kerosakan mekanikal ketika mereka memandu, mereka masih perlu peka akan keadaan ribut dan hujan lebat.
Sekiranya berdepan dengan situasi tersebut, mereka disarankan untuk berhenti di tempat yang selamat dan menghubungi talian bantuan jalan raya bagi meminta pertolongan. Program Roadside Assistance Land Rover sentiasa disediakan semasa keadaan cuaca yang basah atau kering.
Pemanduan semasa cuaca basah boleh menjadi berbahaya tetapi jika pemandu menghormati keadaan jalan raya dan memandu secara berhemah, mereka boleh meningkatkan keselamatan penumpang dan diri mereka sendiri.