Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip menyimpan kereta jangka masa lama

    BAGI sesetengah orang, kereta bukan sekadar alat pengangkutan tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan di luar negara, pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di dalam garaj.

    Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan dengan situasi demikian letakkan kenderaan di dalam garaj yang kering dan dingin.

    Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan. Jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

    Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu setahun, ia bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

    Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

    Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada silinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

    Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu tahun setengah, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

    Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

    Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan, ia membantu anda untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda