Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tip miliki wajah runcing

    Kontur berfungsi untuk meningkatkan rupa solekan dengan menambah kedalaman dan dimensi pada ciri-ciri wajah dan struktur tulang awda.

    Walaupun ia mungkin terasa seperti langkah solekan yang menakutkan untuk dikuasai, akan tetapi teknik kontur ini tidaklah begitu rumit.

    Berikut dikongsikan teknik kontur serta beberapa tip agar lebih sesuai dengan bentuk muka awda.

    Apa itu KONTUR?

    Kontur adalah teknik untuk mengenakan solekan pada wajah. Ia juga merupakan teknik yang sesuai untuk membetulkan mana-mana ciri atau bahagian pada tulang di muka.

    Awda juga boleh membuat kontur untuk meningkatkan mana-mana bahagian untuk menjadikannya kelihatan lebih terbentuk.

    Kontur telah menjadi teknik yang digunakan dalam kalangan artis solek selama beberapa tahun. – Eh.my
    Gambar Envato

    Sebagai contoh, salah satu bahagian yang paling biasa untuk membentuk kontur ialah lekuk pipi awda.

    Menambah warna yang lebih gelap pada bahagian ini membentukkan tulang pipi awda dengan mencipta bayang-bayang, menjadikannya kelihatan lebih tajam, lebih tinggi dan lebih jelas. Awda juga boleh membentuk kontur mata, hidung, tulang kening atau garis rahang.

    TEKNIK Kontur YANG SEMPURNA

    Langkah pertama – Sapukan primer dan bedak asas (foundation)

    Pertama sekali, awda perlu memulakan rutin solekan seperti biasa, dengan pelembap, primer dan foundation. Sapukan foundation dan akhiri dengan bedak untuk asas solekan yang sempurna.

    Langkah kedua – Kontur pada bahagian dahi

    Bermula dengan dahi, kontur di sepanjang garis rambut awda. Mulakan dengan sapuan yang nipis dulu, barulah tambah sehingga dapat pigmentasi yang awda inginkan.

    Langkah ketiga – Kontur tulang pipi dan rahang

    Selepas kontur di sekeliling garis rambut dengan sebati, gerakkan ke bawah ke celah pipi awda. Satu lagi tip pakar untuk mencari tempat meletakkan kontur tulang pipi awda adalah dengan memegang berus di bahagian atas telinga dan menurunkannya ke bawah.

    Meletakkan kontur di bahagian tersebut akan memberikan ilusi tulang pipi tinggi dan akan membantu memberikan kesan terangkat pada wajah. Setelah kontur sepanjang tulang pipi awda sebati, kontur pula rahang awda. Bukan sahaja ia akan menambah struktur pada muka, tetapi juga membantu menarik keseluruhan rupa contour bersama-sama.

    Langkah keempat – Kontur pada bahagian hidung

    Kontur pada sisi hidung adalah langkah tambahan yang bagus jika ingin menampakkan hidung awda kecil dan mancung.

    Gunakan berus kecil untuk gerakan paling sempurna pada hidung. Untuk menyelesaikan kontur hidung, sapukan highlighter di sepanjang batang hidung awda.

    Langkah kelima – Selesai dengan penyerlah dan bronzer

    Sebagai langkah terakhir, serikan wajah dengan menggunakan highligter dan pemerah pipi bagi menaikkan lagi seri solekan awda.

    KONTUR MENGIKUT BENTUK WAJAH

    Apabila awda semakin selesa menggunakan produk kontur, cuba sesuaikan produk tersebut untuk menyerlahkan bentuk muka awda secara khusus.

    Setiap wajah berbeza dan setiap rupa memerlukan teknik yang sesuai.

    Menambah warna yang lebih gelap di bawah tulang pipi dan di bawah garis rahang menambah lagi kesan pada muka, jangan lupa untuk menggabungkan garis kasar untuk menghasilkan kesan yang lebih semula jadi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda