Sejak azalinya, wanita memang sentiasa menyemburkan satu wangian yang ringan (buah-buahan atau flora) pada cuaca yang panas dan lembap. Manakala aroma yang lebih kuat menjadi pilihan ketika mengembara ke tempat-tempat sejuk. Bagi wanita yang mempunyai wangian signature pula akan memilih EDT disemburkan pada musim panas dan EDP waktu musim sejuk.
Tetapi sekarang, itu tidak lagi menjadi batasan kerana kini banyak kedai wangian hadir dengan ilham mainan formula yang pelbagai. Apa yang segar dan apa pula yang lebih menusuk aromanya tidak diklasifikasikan dengan EDT atau EDP.
Awda memang sudah mempunyai wangian kegemaran yang disemburkan setiap hari dan musim. Namun adakah awda tahu badan memberi reaksi yang berbeza pada wangian mengikut suhu badan. Jadi apa yang awda semburkan pada musim panas aromanya mungkin tidak sama jika disemburkan pada musim sejuk.
Berikut dikongsikan cara pemilihan wangian yang betul dan sesuai dengan diri awda.
1. Jangan mengadili wangian pada bauan pertama. Untuk mengetahui aroma yang sebenar awda perlu biarkan dalam 10 minit barulah aromanya sampai ke ‘hati.’ Ia adalah aroma yang akan melekat paling lama kata pakar pembuat haruman, Frederic Malle.
2. Untuk aroma yang berpanjangan, pilih wangian yang berasaskan minyak. Elakkan wangian jenis EDP, EDT atau alkohol.
3. Menurut Camille Goutal, “Mencari wangian tidak semestinya berdasarkan dari umur atau warna rambut, awda seharusnya jatuh cinta pada wangian awda dengan itu awda telah temui wangian yang tepat. Dan cara untuk mencari wangian adalah awda perlu mencubanya pada kulit sendiri, kerana wangian pada kulit setiap orang adalah berbeza.
“Dan untuk mencari wangian yang tepat agak memakan masa, sesetengah wanita hanya dapat menghidu tiga jenis aroma secara maksimum, selebihnya mereka hanya dapat bau alkohol. Jadi selepas mencuba tiga wangian, cuba rehatkan deria bau awda selama 20 minit,” tambahnya. – Agensi



