WANITA yang bertudung kerap mengadu masalah rambut yang cepat berbau dan berminyak. Rambut yang terlalu lama ditutup dengan tudung lebih memerlukan penjagaan. Walaupun pakai tudung tak bermakna kecantikan dan kesihatan rambut perlu diabaikan. Anda kena usahakan agar rambut lebih wangi dan mudah diurus. Di sini dikongsikan lima tip agar rambut lebih wangi dan mudah diurus:
1-Syampu secara teratur
Cuci rambut setiap dua hari sekali. Cara ini sangat berguna untuk menjaga kadar minyak yang ada di kulit kepala.
Kerap mecuci rambut akan membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak di kulit kepala yang menjadi punca rambut gugur, berbau dan kelemumur.
Rambut yang lembab selalunya dapat mempertahankan wangi syampu di rambut lebih lama. Gunakan conditioner atau perapi rambut untuk memastikan wangian lebih tahan lama dan rambut mudah diurus.

2-Ganti sarung bantal
Sarung bantal merupakan benda yang paling kerap bersentuhan dengan rambut. Sebaiknya, rajin mengganti sarung bantal setiap minggu atau bila merasakan sarung bantal mula berbau, kotor atau lembap.
3-Cuci sikat
Sikat sering digunakan untuk memastikan rambut lebih mudah diurus. Jadi sikat perlu sentiasa dalam keadaan bersih sebelum dipakai terutamanya jika kita berkongsi sikat tersebut dengan orang lain. Boleh juga cuba meletakkan perapi rambut tanpa bilas di sikat, lalu sikat rambut seperti biasa, pasti, rambut lebih berbau harum dan mudah diurus!
4-Gunakan masker rambut
Masker rambut sangat bagus kerana dapat membekalkan nutrisi pada akar dan hujung rambut. Gunakan masker rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pelbagai jenis masker rambut yang ada di pasaran. Tak perlu ke salon rambut semata-mata untuk membuat rawatan masker rambut, malah di rumah juga boleh dilakukan.
5-Perahan jus lemon
Buah lemon adalah sejenis buah yang memili-ki bau yang wangi menyegarkan. Terbukti bila kebanyakan syampu yang ada di pasaran banyak meggunakan lemon sebagai bahan pengharum. Perah lemon untuk mendapatkan jus lemon dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biarkan beberapa saat dan kemudian baru bilas.
6-Keringkan rambut secara semula jadi
Tak kiralah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semula jadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas atau pilihan terakhir boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari itu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.
7-Pilih kain tudung yang lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah membuatkan kulit kepala kita cepat berpeluh. Kalau hendak selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.
8-Rehat dulu
Bila sampai saja di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala ‘bernafas’ terlebih dahulu. Rehat dalam masa setengah jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Hanya santai dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada penghawa dingin lebih baik! Pasang penghawa dingin dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat dan kulit kepala pun kering daripada peluh! – Agensi