MENJADI impian bagi setiap wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Ini kerana ia mampu meningkatkan lagi keyakinan diri. Namun untuk tampil cantik, bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang konsisten dan pelbagai persiapan rapi demi mencapai hasrat ini. Persediaan rapi yang boleh dilakukan merangkumi rawatan diri seluruh tubuh badan dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki.
Ikuti tip-tip untuk wajah sentiasa berseri:
-Pengambilan air secukupnya iaitu lapan biji gelas sehari menjadikan kulit terhidrat, segar dan tampak berseri-seri pada hari bahagia nanti. Selain itu, lakukan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur untuk awet muda.
-Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya.
-Cara yang paling mudah dan terbukti berkesan ialah dengan sentiasa ceria dan senyum selalu. Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri.