Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiru aksi tokoh OKU, Baby Shima minta maaf

    Penyanyi, Baby Shima memohon maaf atas kesilapannya meniru pergerakan tokoh orang kelainan upaya (OKU) iaitu Zhariff Affandi menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

    Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia sudah memadam video berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan tanpa sengaja tanpa menyedari Zhariff seorang OKU.

    Tindakan Shima itu juga mengundang kemarahan warganet.

    “Demi Allah, saya tak tahu pun dia adalah OKU. Saya hanya fokus kepada kakinya sahaja dan terus buat video seperti itu. Saya nampak video itu dari TikTok.

    “Saya memang tak perasan langsung keadaan dirinya begitu sebab terlalu perhatikan kakinya. Selepas 30 minit saya berkongsi video itu, saya terus dikecam kerana tidak sensitif.

    “Barulah saya tahu yang individu itu adalah OKU dan terus ambil langkah memadam video berkenaan. Kalau betul saya ada niat nak menghina, lebih baik saya biarkan saja video itu.

    “Saya minta maaf kepada Zhariff dan semua pihak yang terguris hati. Saya tiada niat nak hina. Buat apa saya nak buat sesuatu yang mencalarkan nama sendiri,” katanya.

    Menerusi video terbabit, Shima melakonkan semula aksi Zhariff yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan menggunakan anggota kaki untuk melakukan tugas harian dalam satu sesi temu bual untuk program TV.

    Aksi penyanyi berusia 29 tahun itu mendapat kecaman warganet di media sosial dan melabelkan penyanyi yang melakar nama di Indonesia itu tidak sensitif.

    Menurut Shima, dia kesal dan terkejut apabila video terbabit dikongsikan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas empat hari dimuat naik dan dipadam. – Agensi

    Baby Shima memohon maaf atas kesilapannya meniru pergerakan OKU iaitu Zhariff Affandi menerusi aplikasi TikTok – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda