MELBOURNE, 26 JUN – Pasar raya mengenakan had pembelian tisu tandas di seluruh Australia hari ini berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai selepas kes koronavirus di bandar kedua terbesar di negara itu kembali melonjak. “Hentikan, ini tidak masuk akal,” kata Perdana Menteri Scott Morrison kepada orang ramai yang tergesa-gesa menuju ke kedai-kedai, sambil