Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Titah dijadikan kayu ukur kemajuan negara

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), akan sentiasa dijadikan sebagai pan-duan dan kayu pengukur ke arah mewujudkan kemajuan dan pembangunan negara bagi mencapai wawasan negara 2035.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dalam ucapan menjunjung kasih menyokong usul pada hari kedua persidangan MMN ke-20 di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Katanya lagi, saranan Baginda adalah ke arah memperkukuhkan kerjasama semua pihak melalui pendekatan seluruh kerajaan dan seluruh negara.

    Ini termasuklah kerjasama pelbagai pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran ke arah memastikan seluruh rakyat memahami istilah pembangunan mampan.

    Seterusnya diterjemahkan dalam aktiviti harian dengan menyasarkan lebih banyak penglibatan dan sumbangan daripada golongan belia dalam membentuk masa depan Negara Brunei Darussalam dengan memberikan penekanan kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

    Dengan semangat, sokongan dan keupayaan mereka untuk inovasi, jelasnya, golongan belia mempunyai kuasa untuk mengubah cabaran iklim dan menjadi batu loncatan ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz dalam ucapan menjunjung kasih menyokong usul pada hari kedua persidangan MMN ke-20, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...