BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah selaku Pemangku Jurutulis Majlis Mesyuarat Diraja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, untuk ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya menjadi Jurutulis Majlis Mesyuarat Diraja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.
Tarikh penetapan jawatan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 9 Januari.


