Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Wajah baharu’ SNBJ didedah Khamis ini

    PETALING JAYA, 10 OKT – Peminat bola sepak Malaysia bakal menyaksikan ‘wajah baharu’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Khamis ini.

    Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Hans Isaac berkata perasmian venue yang tampil dengan rumput baharu jenis Zeon zoysia dan kemudahan ditambah baik, akan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

    “PSM dan pihak yang kami lantik dalam fasa persiapan akhir, setiap detik amat berharga. Kami tak boleh nak maklumkan banyak sangat kerana pelancarannya akan dibuat Khamis ini.

    “Kita ada buat saliran baharu, naik taraf pengemasan, tandas, tempat solat macam-macam lagi dibuat jadi kita harus tunggu pada pelancaran itu nanti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Story, di sini hari ini. Menurut Hans, skuad Harimau Malaya akan menjadi pasukan pertama merasmikan padang baharu dengan skuad kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan India, Jumaat ini dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2023.

    “Kami teruja untuk pasukan Malaysia berdepan India dan akan jadi pasukan pertama menggunakan rumput Zeon zoysia ini di SNBJ. Ini merupakan tanggungjawab PSM dari segi persiapan buat penyokong,” katanya.

    SNBJ menjalani proses penggantian rumput jenis Zeon zoysia sejak April lepas.

    Penanaman rumput itu bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta yang ditaja oleh Tunku Ismail.

    Terdahulu, pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Story, menyaksikan pengarahnya, Datuk Afdlin Shauki mengangkat perspektif baharu dalam karya penghasilan filem melibatkan skuad Harimau Malaya. – Bernama

    Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed (dua, kiri) ketika sidang media khas Pesta Bola Merdeka 2023 di Wisma FAM kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda