EAST RUTHERFORD, 14 JULAI – Cole Palmer menjaringkan dua gol dan membantu João Pedro menambah satu gol lagi sekali gus jadikan Chelsea tewaskan Paris Saint-Germain 3-0 awal pagi tadi dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab.
Cold Palmer menjaringkan gol dengan kaki kiri dengan kedudukan hampir sama dalam kotak penalti menemui jaring sebelah kiri gol pada minit ke-22 dan ke-30, kemudian membuat hantaran membolehkan Joao Pedro menguis bola melangkaui penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-43 untuk gol ketiga Chelsea dan juga ketiga untuk peribadinya bersama The Blues. Kesemua jaringan dibuat pada separuh masa permata menundukkan juara Eropah tersebut.
PSG pula dihukum kad merah selepas Joao Neves menarik rambut Marc Cucurella pada minit ke-84. Perlawanan turut hangat dengan insiden telagah antara beberapa anggota kedua-dua pasukan selepas perlawanan.
Dengan kehadiran 81,188 penonton menyaksikan kejohanan di Stadium MetLife termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Chelsea bermula garang setelah berehat empat hari selepas perlawanan separuh akhir, lebih satu daripada PSG.
Sebelum ini Chelsea menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana dan memenangi Liga Persidangan UEFA peringkat ketiga.
The Blues merangkul gelaran dunia buat kali kedua selepas 2021 semasa acara berkenaan disertai hanya tujuh pasukan. The Blues memenangi sehingga AS$153,815,000 dalam bentuk hadiah wang bergantung kepada jumlah yuran penyertaan FIFA yang tidak didedahkan.
“Ia satu perasaan yang hebat. Malah lebih baik kerana jelas semua orang meragui kami sebelum perlawanan,”ujar Palmer.
“Mereka (Chelsea) mempunyai banyak tenaga. Saya akui mereka sebenarnya lebih baik daripada kami,” jelas Enrique, jurulatih PSG. – AP