Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiz Zaqyah gelabah ditipu penggodam

    Pelakon Tiz Zaqyah berkongsi pengalaman mendebarkan apabila menerima mesej yang mengatakan akaun Instagram miliknya melanggar isu hak cipta dan akan ditutup dalam masa 24 jam.

    Akibat terlalu panik, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, berkata dia kemudiannya membuka pautan yang dihantar pihak Instagram sehingga menyebabkan akaunnya tertutup.

    Malah, Tiz hampir mengalami kerugian sebanyak AS$500 atau kira-kira RM2,100 disebabkan perlu membayar juruteknik dari Turki bagi mendapatkan semula akaun tersebut.

    “Pengodam guna logo blue tick palsu! Saya dapat mesej peribadi daripada @instagram dengan blue tick, memberitahu akaun saya melanggar hak cipta dan akan ditutup dalam masa 24 jam.

    “Disebabkan panik, saya tekan link dan terus dibawa ke halaman log in, reset kata kunci saya. Masih tidak dapat membuka semula akaun, tunggu untuk kod keselamatan berjam-jam.

    Tiz Zaqyah hampir mengalami kerugian sebanyak RM2,100 kerana perlu membayar juruteknik dari Turki bagi mendapatkan semula akaun tersebut. – Agensi

    Tiz berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan memuat naik paparan skrin mesej daripada akaun palsu yang menyamar sebagai pihak Instagram.

    Dalam pada itu, Tiz meluahkan rasa gembira apabila selepas tiga jam menunggu akhirnya Instagram miliknya dikembalikan dan terus menyekat akaun palsu tersebut.

    “Tiga jam kemudian, buka Instagram, ‘please update instagram link pop up’. Updated complete dan akhirnya terima kod keselamatan melalui SMS.

    “Alhamdulillah macam dapat emas! Terus lihat mesej di Instagram, rupa-rupanya akaun yang DM saya itu tidak sah!

    Sementara itu, Tiz memberitahu dia berasa panik kerana memikirkan platform laman sosial tersebut yang digunakan sejak 2011 itu merupakan punca rezekinya.

    “Semua drama pagi. Siapa tak panik, Instagram ini jugalah tempat kita cari rezeki.

    “Instagram dan Facebook merupakan platform untuk mendapat pendedahan, perniagaan secara talian. Guna Instagram sejak 2011 sudah tentu memberikan banyak benda sentimental,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda