Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

     TJV90 sertai Kejohanan Bola Sepak Veteran SeBorneo

    BANDAR SERI BEGAWAN – Pasukan TJV90 dari Brunei menampilkan aksi cemerlang dan berjaya meraih tempat ketiga serta dinobatkan sebagai pasukan terbaik secara keseluruhan dalam acara Kejohanan Bola Sepak Veteran SeBorneo 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Lawas, Sarawak baru-baru ini.

    Kejohanan anjuran Pemuda PBB N82 Bukit Sari Lawas itu menghimpunkan sebanyak 27 pasukan dari seluruh Borneo termasuk 13 pasukan dari Sarawak, tujuh dari Sabah, 3 tiga dari Wilayah Persekutuan Labuan dan empat pasukan dari Brunei.

    Pasukan TJV90 mara ke peringkat separuh akhir namun terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan lawan melalui tendangan penalti selepas terikat seri 2-2.

    Walaupun gagal ke final, mutu permainan pasukan tersebut menarik perhatian penganjur dan melayakkan mereka menerima anugerah Pasukan Terbaik

    Sebagai pemenang tempat ketiga, TJV90 membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000 serta piala iringan. Tempat ketiga turut dikongsi dengan pasukan Kudat Classic dari Sabah.

    Kejohanan menyaksikan pasukan Frenz Legend dari Sarawak muncul juara, manakala BSV Sabah naib juara.

    Kejohanan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan tetapi menjadi medan mengeratkan silaturahim antara pemain veteran dari seluruh Borneo.

    Gambar ramai Pasukan TJV90 Brunei.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda