Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – TK Tea House meneruskan rekod tanpa kalah dalam Kejohanan Bola Keranjang Low San selepas menewaskan Concepts Computer 104-102, kelmarin.
Pemain nombor 30, Jauhali gagal memanfaatkan tiga balingan percuma yang diberikan kepada Concepts Computer selepas pemain nombor 47, Jameel Maboner dipersalahkan oleh pengadil semasa perlawanan berbaki 8 saat.
Walaupun begitu, Jauhali telah menyumbangkan 32 mata untuk Concepts Computer dan pemain nombor 5, Tugbo menambah 24 mata. Alvin Requintin dari TK Tea House menjaringkan 29 mata dan rakan sepasukannya Alvin Manasa Lavarias menambah 24 mata.
Sebelum perlawanan itu, pasukan Menglait mudah menewaskan Linktech 90-77. TK Tea House seterusnya akan berdepan pasukan RYS pada 20 November, manakala Concepts Computer akan bertemu pasukan DHJ pada 26 November.
