Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Tentera Laut Diraja Brunei telah mengadakan satu taklimat di Pusat Latihan Tentera Laut untuk peserta Bengkel Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (UNCLOS) ASEAN anjuran Yayasan Max Planck untuk Keamanan Antarabangsa dan Undang-undang yang menumpukan pada tugas-tugas Tentera Laut Diraja Brunei.
Acara tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin,.
Lawatan berkenaan diakhiri dengan lawatan ke kapal KDB DARULAMAN di Jeti Bravo, yang memberikan peluang kepada kumpulan untuk berinteraksi dengan anak kapal, diikuti dengan pertunjukan kebudayaan yang menarik yang dipersembahkan oleh anak kapal.
Duta Jerman, Gerda Winkler serta kumpulan yang melawat menyatakan penghargaan mereka terhadap lawatan berkenaan yang merupakan sorotan utama bengkel dan menambah kefahaman mereka tentang isu-isu maritim.